Friday, August 08, 2008

MetrO::Tunjuk Hebat Di KOnsert ReuniOn!

Oleh Ramlah Zainal

Justeru, sebagai hadiah buat peminat, sekali gus mengumpulkan semula 14 pelajar AF6 dalam satu konsert, produksi Astro menganjurkan konsert Reunion AF6 di Dataran Pahlawan, Melaka Megamall, Melaka Bandaraya Bersejarah pada 25 Julai lalu.Konsert ini dianjurkan sempena sambutan karnival dan Konsert Gempak Selebriti Astro pada 26 hingga 27 Julai di Melaka serta dijayakan semua bekas pelajar AF6, Stacy, Riz, Nubhan, Toi, Nadia, Stanly, Mama Rina, Alif, Saida, Faisal, Lufya, Naim, Ika dan Yana.

Pastinya pertemuan ini menjadi detik manis buat mereka selepas tamat AF6 seterusnya masing-masing kini mencari haluan untuk dikenali di arena seni.Bagi juara AF6, Stacy atau Stracie Angie Anam, 18, dari Kota Kinabalu, Sabah, semua bekas pelajar AF6 seperti ahli keluarganya sendiri dan terharu dengan langkah Astro menganjurkan konsert Reunion AF6.“Sebenarnya, saya kurang sihat pada malam konsert itu. Maklumlah, saya perlu menyampaikan tiga lagu pada malam itu termasuk duet dengan Mawi dan Nubhan. Malah, saya juga ragu-ragu untuk keluarkan suara habis-habisan ketika menyanyi solo kerana bimbang ia tidak keluar ketika berduet dengan Mawi.“Tapi, saya tetap gembira dan bersemangat kerana rata-rata bekas pelajar AF6 pada malam ini nampak lebih berkeyakinan dan menampilkan persembahan jauh lebih baik berbanding ketika konsert akhir dulu.“Kami memang jarang berjumpa kerana masing-masing ada agenda seni tersendiri.

Justeru, konsert ini peluang untuk kami mengeratkan hubungan persahabatan yang sedia terjalin,” katanya.Naib juara AF6, Riz atau Mohammed Idris Mohd Zaizizi, 22, dari Gerik, Perak berkata, konsert AF Reunion begitu bermakna buatnya kerana berpeluang mengamalkan apa yang dipelajarinya ketika belajar di akademi dulu.“Bila melihat persembahan pelajar lain jauh lebih baik berbanding dulu, saya juga rasa lebih bersemangat untuk berikan yang terbaik pada penonton.“Saya yakin sudah buat yang terbaik mengikut kemampuan saya pada konsert itu. Jika nak dibandingkan persembahan saya pada konsert reunion dan konsert akhir AF6, ia dua perkara berbeza kerana saya sampaikan lagu rock pada konsert ini,” katanya.

Bagi finalis tempat kelima, Nadia atau Nadia Haswani Hasnan,18, dari Kuala Lumpur, dia cukup teruja untuk menjayakan persembahan konsert reunion AF6.“Saya memang bekerja keras untuk memberikan yang terbaik pada peminat. Saya juga berbincang dengan guru tarian, Linda Jasmin mengenai persiapan konsert ini termasuk penari yang mengiringi saya pada persembahan malam itu.“Saya lebih selesa membawa penari sendiri pada konsert reunion kerana inginkan kelainan. Pada malam itu, saya juga tampilkan imej gothic kerana ia sesuai dengan lagu dan konsep yang saya bawakan,” katanya.

Penerbit Konsert Reunion AF6, Haina Itam berkata, konsert reunion AF dianjurkan saban tahun sejak musim pertama AF lagi.“Jika tahun lalu konsert reunion AF5 diadakan di Kedah kerana konsert Gempak Selebriti Astro juga diadakan di sana kini Konsert Gempak diadakan di Melaka dan mendapat kerjasama Pelancongan Melaka. Justeru, kami putuskan untuk mengadakan konsert Reunion AF6 juga di sini.“Kami juga membuat perancangan awal untuk menjayakan konsert ini sebaik konsert AF6 berakhir.

Maklumlah, bukan mudah untuk mengumpulkan semua bekas pelajar dalam satu konsert kerana selepas konsert masing-masing ada agenda sendiri. Contohnya, Mama Rina yang terbabit dengan pementasan teater Patriot yang dipentaskan di Istana Budaya.“Kami juga berbincang dengan pelajar dan memilih lagu yang sesuai untuk disampaikan mereka pada konsert itu. Contohnya lagu rancak dipilih sesuai untuk persembahan dalam konsert.“Pada mulanya, Stacy berduet dengan Riz tapi kami bimbang tidak ada keserasian kerana mereka jarang berjumpa. Sebab itu kami tukar Riz berduet dengan Nadia kerana mereka memang nampak serasi dalam persembahan,” katanya.

Katanya, selepas konsert Reunion AF6, bekas pelajar juga sibuk menjayakan program Jangan Lupa Raya yang membabitkan penggambaran di Pulau Pangkor, Perak bermula 8 Ogos dan berakhir 12 Ogos nanti.Konsert reunion AF6 dimulakan dengan persembahan pembukaan semua bekas pelajar menerusi lagu Rentak 106 (Sandii Suzuki), Kereta Lembu (Helen Vellu). Bekas pelajar membuat persembahan penutup dengan dua lagu, Kitalah Bintang yang dipopularkan Ratu Rock Tanah air, Ella dan Menuju Puncak (lagu tema AF).

Ternyata persembahan malam itu menjadi milik Nadia. Persembahannya dengan lagu rancak Ku Akui yang dipopularkan Dewi Sandra berjaya memukau penonton yang nampaknya tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing dan turut sama menyanyi dengannya.Kelebihan gadis kecil molek berambut keriting ini bukan saja dari segi vokalnya yang mantap, malah, koreografi, kostum dan langkah tarian bersama tujuh penari pengiring yang tersusun seperti penghibur profesional begitu mengagumkan penonton.Kehebatannya pada malam itu membuktikan Nadia membuat persediaan rapi dan bersungguh-sungguh untuk menjayakan persembahannya pada malam itu. Usahanya itu memang berbaloi kerana dia memang menguasai pentas pada malam itu.Nadia turut berduet dengan Riz menerusi lagu Perlu Kamu (Krisdayanti & Ajai). Gandingan mereka cukup serasi dan memang padan. Tidak keterlaluan jika mereka dianggap pasangan duet terbaik pada malam itu.Mungkin pengurusan Maestro Talent & Management Sdn Bhd boleh mempertimbangkan perancangan untuk menghasilkan album duet buat mereka pada masa depan.

Stacy juga tampil dengan persembahan bertenaga sekalipun ‘pitchingnya’ agak tergelincir sikit pada malam itu kerana terlalu memberi tumpuan pada aspek tarian. Sudah namanya juara, pasti Stacy berusaha menampilkan yang terbaik buat peminatnya. Pada malam itu, Stacy menyampaikan lagu rancak Ku T’lah Jatuh Cinta yang dipopularkan Agnes Monica.Stacy turut berduet dengan Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahmad 22, dari Kuala Pilah menerusi lagu Hampir Ke Situ (Mendua). Kombinasi mereka boleh tahan kerana vokal Nubhan tidak ditelenggami Stacy.Cuma Nubhan perlu mengikis sifat malu-malunya supaya tidak ditenggelami pergerakan Stacy yang lincah dan agresif di pentas. Tidak dinafikan, persembahan Nubhan jauh lebih baik berbanding ketika dalam akademi dulu. Apatah lagi, Nubhan baru saja menjadi artis United Records (anak syarikat Ning & Associates) sejak 16 Julai lalu.Bimbingan diberikan pengurusannya itu sedikit sebanyak membantu Nubhan memperbaiki aspek persembahannya pada konsert itu. Vokalnya juga jelas ketika menyampaikan lagu solo Hey Gadis (Samsons) dan keyakinan dirinya juga semakin bertambah ketika di pentas.

Penampilan juara AF3, Mawi berduet dengan Stacy menerusi lagu Sandarkan Pada Kenangan turut mendapat tepukan gemuruh penonton. Terbukti aura Mawi masih kuat kerana ramai peminat di Melaka ternantikan kemunculannya.Selain Stacy, persembahan Riz dengan lagu Nakal yang dipopularkan Gigi tidak kurang hebatnya. Persembahan Riz memang bertenaga dan ditambah dengan sokongan moral ahli kelab peminatnya yang membanjiri Dataran Pahlawan malam itu.Persembahan bekas pelajar AF6 lain pula masih sama dan tiada perubahan seperti Faisal dengan lagu Kerna Dia (Yasin), Lufya (Permata Biru), Yana (Hanya Dimata), Ika (Cinta) dan Alif (Mabuk).Persembahan Mama Rina yang muncul dengan kostum gemerlapan dan mengajak dua peminat bergelek dengannya lagu Bolehlah Boleh (Mas Idayu) juga menghiburkan.Stanly pula terpaksa menyanyi semula lagu Ku Impikan Bintang (Sean Ghazi) kerana mikrofonnya tidak berfungsi pada peringkat awal. Namun, dia tetap tenang dan boleh mengawal keadaan itu dan menyampaikan lagu berkenaan dengan penuh perasaan.Pasangan duet berstatus suami dan isteri orang, Toi dan Saida pula menghiburkan penonton dengan lagu Siapa Dia Sebelum Daku (Roy & Francesca Peter) dan mereka nampak romantik di pentas.Toi turut membuat persembahan solo lagu rancak Halusinasi (Meet Uncle Hussain) dan Saida menyampaikan lagu Ku Mahu dendangan Datuk Siti Nurhaliza. Ternyata, Saida tidak dapat lari daripada bayangan adiknya itu ketika menyampaikan lagu ini.Bagaimanapun, persembahannya masih malu-malu dan banyak perlu dibaiki jika nak dibandingkan dengan penyanyi nombor satu tanah air itu.

Tidak ketinggalan, Naim yang menyampaikan lagu lama Malam Pasaria (M Ishak) memang nampak tidak bersedia pada malam itu.Pengacara pada malam itu, AC Mizal dengan tagline ‘Sempoi’ turut mengimbas kenangan penonton ketika pelajar masih dalam akademi dulu. Selain lawaknya yang mencuit hati penonton, AC turut menunjukkan bakatnya menyanyi dengan Stacy pada malam itu.

Konsert reunion AF6 ini disiarkan jam 4 petang menerusi saluran Astro Ria (saluran 104) sempena sambutan Aidilfitri ini. Credit to : http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Rap/20080806091747/Article/index_html

No comments: