Tuesday, May 05, 2009

KENYATAAN TAWARAN TENDER PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN 1/2009 (DUN)

KENYATAAN TAWARAN TENDER PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN 1/2009 (DUN)
1. Tender adalah dipelawa dari syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset seperti berikut :
2. Aset boleh dilihat pada 11 Mei 2009 hingga 13 Mei 2009 di antara jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang di Dataran SUK, Bangunan SSAAS, Shah Alam, Selangor.

3. Tender akan ditutup pada 20 Mei 2009 jam 12.00 tengah hari.

4. Tawaran boleh dibuat dengan menggunakan Borang Tender Pelupusan Aset Kerajaan (KEW.PA 22) yang boleh diperolehi secara percuma di alamat di para 6 atau di muat turun yang disediakan. Sila cetak menggunakan kertas bersaiz A4.

5. Satu (1) borang hanya untuk satu (1) aset sahaja.

6. Semua tawaran dengan maklumat yang lengkap hendaklah ditanda dengan No. Tender 1/2009 (DUN) dan dihantar melalui pos atau dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat :

Tingkat 1, Bangunan Annex,
Dewan Undangan Negeri Selangor,
40680 Shah Alam

*Maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Dewan Undangan Negeri Selangor di Telefon 03-55447615 / 7613

No comments: