Wednesday, December 31, 2008

~~~~SELAMAT TAHUN BARU 2009 ('',)~~~~

Keajaiban berselawat

Nabi Muhammad SAW bersabda:
'Barangsiapa yang kesukaran pada menunaikan hajat/cita-citanya maka hendaklah dia memperbanyakkan membaca selawat untukku kerana sesungguhnya selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan jiwa. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Tuesday, December 23, 2008

tAg dr Eita (" ,)

Aku dpt lagik TAG dr Eita.. kali ni pasal impian perkahwinan pulOk..agak payah la nk jwb bg aku la kan...
1. How old are you?
29 thn..
ada org ingt aku 27thn.. ader yg ingat aku ni br 19 thn..hahahaaa... korang tgk aku ni cm brape thn?
2. Are you single?
S.I.N.G.L.E
3. In what age do you think you’ll get married?
Patutnyer dh kena kawin dh ni..hehehe..duit tak cukup.....
4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now?
CoLan pon xder.....
5. If not, who do you want to marry?
kalo leh nk kawen ngan Jonathan Brandis tp dier dh mati.huhuhuuu...
6. Do you want a garden/beach wedding, or the traditional wedding?
mesti la style tradisi keluarga..tp tempat tak kisah,tepi pantai pon ok ..
7. Your ideal motif?
mOtif? butterfly bleh? hehe....
8. Where do you plan to go on a honeymoon?
hOneymOOn...ermm.. tgk dlu keadaan kewangan leh smp ke mana.
9. How many guests do you think you’ll invite?i
semua yg mengenali aku la...yg aku jemput n yg aku tertinggal namanya pon dijemput gak..
(mane tau terlepas pandang pulok..jemput semua yer...heheheee..)
10. Do you want an extravagant wedding or a simple wedding?
tak nak ler grand sgt,yg penting cukup MAKANAN...
11. Do you want the traditional vows or something you’d make up on your own?
tak pasti lagi...idea akan dtg tetiba,kadang yg di plan tak menjadi..
12. How many layers of cake do you want to have?
aku buat cupcakes je senang..sume orang dpt rasa..
13. Do you prefer having your reception at a hotel or at a simple place?
kat umah lebih afdhal.
14. When do you want to get married, evening or morning?
Selepas solat Subuh,sebelum solat zOhor.
15. You’d rather have your reception outdoors or indoors?
kalo bt kt umah sure la kt dlm umah..
16. Do you like a grand entrance for your groom?
ader sape nk sponser ker?
17. Name the song/tune you’d like played at your wedding?
chempoling...bley??
18. Do you want a solemn ceremony or a light one?
light jer...
19. What age do you want to get married?
seblom umur 30
20. Describe your ideal husband/wife.
yg terima aku seadanya & yg mengingatkan aku bila terleka.
21. Do you prefer fine dining or just the normal spoon & fork/knife?
pakai tangan la lagi masyukk....
22. Champagne or red wine?
hOrLick panas bley?
23. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
selepas abis semua kenduri kendara...
24. Money or household item?
Money
25. Who will pay for the bills?
Suami
26. Are you ready for married life?
Kena ready kan jugak....
27. Will u always be true to your wife/husband.
Letak niat tak nak tipu,InsyaALLAH kita tak jd Penipu..
28. How many kids do you like to have?
Seramai yang boleh..hehehee....
29. A new house for a newly wed or an old one?
tak kisah baru ke lama..janji ader rumah sendiri..
30. Will you celebrate silver wedding, gold wedding, or diamond wedding?
aku tak minat emas2 nih...aku lebih ske Silver..
31. What kind of cuisine would you like for your wedding?
yang penting kena ader "PECHAL"... walaupon aku ske mkn SUSHI..heheheee..
32. Will u record your honeymoon in a cd or dvd?
musti kena rekod...sejarah tuh..nk bg anak cucu nengok..
33. Whose wedding plans would you like to know next?
rasanyer dh ramai buat mende nih..
so sesape yg dh nk melangkah ke alam perkahwinan tuh aku doakan semoga berkekalan ke anak cucu dn ke akhir hayat.semoga diberkati ALLAH S.W.T..Amin....

Monday, December 22, 2008

gambar teater

Ni br aku dpt gambar2 time aku g tgk teater "Dendam TAnjung Puri" .. THANKS Romie cz gmbr ni dr kamera dia.. n thanks Eita cz email kt aku.. nak tau citer lanjut g ke blog Mr.Romie..hehehee..
klik : romizunaidi.blogspot.com atau ke blog IKA AF klik : ika-nabila.com/blog


aku ske tgk lakonan Edlin & Ika..yg aku rasa berjaya..
kami yg hadir memberi sokongan pd IKA
Thumb n Farish pon ader skali dok blakang kiteorang.

dorang ni asyik gelak je manjang...heheheee..

Antara SABAR & MENGELUH

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut."

(Riwayat al-Hakim)

Huraian :

1. Ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah.

2. Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaranNya adalah benardan diikuti oleh perlakuan dan tindakanatau hanya terhenti setakat di mulut sahaja.

3. Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu

* saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya,

* orang munafiq yang sentiasa membencinya,

* orang kafir yang sentiasa memeranginya,

* syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya

* bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya.

Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terdapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.

4. Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan ia merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa sedangkan Allah SWT berfirman dengan maksudnya:"Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan". (al-Insyirah:6)

5. Tanpa masalah atau ujian tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.

Credit to : isuhangat.blogspot.com

Saturday, December 20, 2008

Layan gak!

Hehe..dh lama aku tak menaip crita ceriti idup aku..tp ni aku ada rajin sket nk tulis.baru2 ni aku leh terbuka mata nk tgk teater "Dendam Tanjung Puri" ..ntah kenapa la tergerak hati nak pegi tgk dan yg paling aku tkejut (diri aku sendiri laa..) ialah aku leh layan citer ni n besok nyer pon aku g tgk lagi..kiranya aku tgk dua kali..biar betul aku nih..ermm..aku sendiri musykil.
Nway aku pon dh bpakat tuk pegi dgn rOmi..aku pon ajak la eita n paan g skali..kbetulan member lama aku time nonifc pon join gak..dah lama aku tak berjumpa dgn ko Nora..hehhee..so romi pon dtg dgn kwn nyer..n..Nora pon dtg dgn opis mate nyer,kira ramai la kami disana..rasa spt pergi konsert mingguan AF pulak..cuma kami dpt dok depan sekali (4 baris dpn).hehehe...
Cerita ni mengenai DENDAM....so pd korang sume..saling menyayangi lah sesama insan.. jangan simpan dendam di hati..nanti hati mati..bila itu terjadi..boleh bawa mati..cewahhh.... bagi aku pelakon yg paling menonjol adalah Edlin AF. dia membawakan watak nyer dengan berkesan dn bersungguh.. lagu yg dia nyanyikan pon sedap.mmg ada peningkatan dr segi suara dn bakat lakonan.. BAGUS edlin!! (wah!tetiba jd FC Edlin plaks)...
Selain itu tujuan dtg tgk teater ni pon sbb nk menyokong IKA Af..kira kami sume wakil dr PIKACUN (ketua nyer romi) dtg untuk memberi sokongan moral pd IKA..Lakonan IKA pon bagus sgt..banyak bermain dgn pantuk buah nyer..mmg geli hati..hahahahaaa.. itu je la kot yg aku nk citer..bkn ader ape pon..tp kalo ader lg teater sebegini mmg aku akan pegi..best!
*Gambar2 mmg aku tak dpt amik sbb aku tak bwk kamera.. kamera hp aku pon cOkia..so mmg la takde gambar..tp nanti kalo aku dh dpt gmbr dr kamera Romi aku akan upload. InsyaALLAH....
**ntuk bacaan lanjut n gambar ttg teater ni..klik cni :janggeltrekking2.blogspot.com

Friday, December 19, 2008

~~8 ANugeraH~~

1. Siapa yang meninggalkan cakap yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kebijaksanaan.
2. Siapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kekhusyukan hati.
3. Siapa yang meninggalkan makan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kelazatan ibadah.
4. Siapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kehebatan (dalam dirinya).
5. Siapa yang meninggalkan gurauan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya keindahan (budi bahasanya).
6. Siapa yang meninggalkan cinta kepada dunia, ia dianugerahi rasa cinta kepada akhirat.
7. Siapa yang meninggalkan kesibukan (menghitung) keaiban orang lain, ia di anugerahi (kesempatan) untuk memperbaiki aib dirinya sendiri.
8. Siapa yang meninggalkan perbuatan menyelidiki tentang bagaimana keadaan Allah swt, maka ia dianugerahi keselamatan dari iktikad orang munafik.

Wednesday, December 17, 2008

JANGAN MENGELUH......

Kita selalu Bertanya... dan Al-Quran sudah menjawabnya..
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?
- Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Tuesday, December 16, 2008

kata kata Hikmah

Assalammualaikum wbt... Moga Dapat direnungkan bersama kata-kata di bawah.. Kata-kata Hikmah, penawar bagi hati...
1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia! dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.
17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.
18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya ayak dibuat kayu api.
25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.
26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.
27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita me! makainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
28)Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .
30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.
32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...
33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"
34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
37)"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"
38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"
40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
41) Hadiah Terbaik :
-> Kepada kawan - Kesetiaan
-> Kepada musuh - Kemaafan
-> Kepada ketua - Khidmat
-> Kepada yang muda - Contoh terbaik
-> Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
-> Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
-> Kepada manusia - Kebebasan
42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"
43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."
44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"
45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".
46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"
48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."
49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika elok menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"
50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"
51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."
52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."
53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."
54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."
55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan anda akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan Anda akan mencapai yang tertinggi."
56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."
57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."
58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusi! a untuk menyambut kesempatan yang menjelma."
59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."
60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."
61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."
63) Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Wednesday, December 10, 2008

Tuesday, December 09, 2008

Fast & FuriOs!!

13 December 2008
Saturday
1:30pm – 5:30pm
City Karting Enterprise
Shah Alam Stadium, Sec 13

Bayaran hanya RM45seorang.
Cepat sebelum 11 Dec 08!
Hubungi Abby 017-2562032 atau Zeq 016-6507805
Maybank Ac 1141 2351 2846 (Zalia Badaruddin)

-Percuma Go-Kart Klinik untuk keselamatan dan pengetahuan asas sukan ini
-Kelas Memandu bersama Heliza Helmi. Gerenti Lulus!
-Sajian ringan @ light meal homemade disediakan denganResepi Rahsia
-Rebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah pemandu terpantas di setiap pusingan
-Peluang membawa pulang sebuah kereta hebat!Tunggu apa lagi! Cepat sebelum terlambat.

Terbuka hanya untuk 40 peserta. Rasai pengalaman memandu di litar dengan riang dan selamat yang pasti mengujakan!

credit:helizabereh.com

Tuesday, December 02, 2008

Hadiah ni Eita kasik ..hehe..sib baik bkn TAG lagi.. papepon tHanks yerp!!